header

  • Utama
  • Sorotan Penting
  • Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) 2015 pada 8 dan 9 September 2015

Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) 2015 pada 8 dan 9 September 2015

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) 2015 pada 8 dan 9 September 2015 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pembangunan NHRAP.

Beberapa pakar hak asasi manusia dari dalam dan luar negara telah dijemput untuk menjadi ahli panel dalam tiga sesi perbincangan pada seminar tersebut. Encik Imesh Pokharel, Pegawai Hak Asasi Manusia dari United Nations Office of the High Commissioner for Human Rights Office (UN OHCHR) telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam sesi yang bertajuk “NHRAP Malaysia: Global Perspective and Focus Areas”.

Dua orang Justice Officer dari  Ministry of Justice, Thailand, iaitu Ms. Nareeluc Pairchaiyapoom dan Ms. Cheraporn Siripalang juga telah mengadakan perbincangan bagi sesi yang bertajuk “Developing a National Human Rights Action Plan – Challenges and Prospects”.

Selain daripada pakar hak asasi manusia luar negara, seminar tersebut turut mengetengahkan wakil Malaysia ke ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR), YBhg. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Puan Nurhalida Mohamed Khalil sebagai Ahli Panel dalam sesi perbincangan yang bertajuk “NHRAP for Malaysia – What will make it work?”.

Seramai 150 wakil dari kementerian/ jabatan/ agensi Kerajaan menghadiri seminar yang berlangsung selama dua hari tersebut. Tujuan utama penganjuran seminar tersebut adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan NHRAP terhadap objektif utama serta kewajaran mewujudkan sebuah pelan tindakan hak asasi manusia yang efektif dan inklusif untuk negara. Disamping itu juga, seminar ini merupakan platform terbaik untuk pegawai-pegawai dan pakar-pakar hak asasi manusia tempatan serta antarabangsa berinteraksi dan berdiskusi mengenai isu-isu serta masalah-masalah yang dihadapi dalam pembangunan sebuah pelan tindakan hak asasi manusia.

1NHRAP 2015 08 09092015

Perasmian Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) oleh YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

2NHRAP 2015 08 09092015

Encik Imesh Pokharel (kiri), Human Rights Officer dari UN OHCHR. Dr. Shereen Khan @ Khin Hnin Oo (MMU) sebagai Moderator.

3NHRAP 2015 08 09092015

Ms. Nareeluc Pairchaiyapoom (kiri), Justice Officer dari Ministry of Justice, Thailand. Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli (USIM) sebagai Moderator.

4NHRAP 2015 08 09092015

Ahli-ahli panel dari luar negara bergambar bersama YB Puan Hajah Nancy Shukri (kiri 3), YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU (kiri 1) dan YBhg. Dato’ Hussin Nayan, Ketua Pengarah IDFR (kanan 1).

5NHRAP 2015 08 09092015

6NHRAP 2015 08 09092015

Seminar NHRAP dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan NHRAP Malaysia

7NHRAP 2015 08 09092015

Sesi soal jawab oleh peserta yang hadir.