header

  • Utama
  • Pengumuman
  • Kertas Konsultasi Draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan(National Human Rights Action Plan – NHRAP)

Kertas Konsultasi Draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan(National Human Rights Action Plan – NHRAP)

Kerajaan Malaysia kini sedang dalam usaha untuk membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP). NHRAP merupakan sebuah dokumen yang mengandungi mekanisme sebagai panduan dan pegangan negara dalam memastikan dan meningkatkan penjagaan serta promosi hak asasi manusia dilakukan dengan sistematik dan berkesan demi kebaikan dan faedah bersama. 

Melalui NHRAP, Malaysia bakal menggariskan program promosi hak asasi manusia mengikut acuan sendiri dan seterusnya mengetengahkan kepada peringkat antarabangsa definisi hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia. Pelan yang bakal diadakan kelak akan mengambil kira keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan keharmonian bangsa, agama, budaya, sosial, politik dan ekonomi. Pemeliharaan dan pematuhan terhadap perkara-perkara berkaitan, akan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, sukacita tuan-tuan/puan-puan dipelawa untuk mengemukakan maklum balas terhadap Draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan sebelum atau pada 6 Mac 2017. Klik disini untuk akses kepada Kertas Konsultasi Draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan.