header

  • Utama
  • Info NHRAP
  • Terma Rujukan

Terma Rujukan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal

Terma Rujukan Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan
(National Human Rights Action Plan - NHRAP)

1. Menetapkan konsep serta hala tuju Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan mengambil kira standard hak asasi manusia di peringkat domestik dan antarabangsa.

2. Mengadakan mesyuarat sebanyak dua (2) kali setahun.

3. Melantik jawatankuasa-jawatankuasa teknikal untuk setiap teras.

4. Menetapkan terma-terma rujukan bagi setiap jawatankuasa teknikal yang dibentuk.

5. Melantik Panel Penggubal untuk merangka NHRAP.

6. Meluluskan dan memperakukan draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan.

7. Memantau perjalanan NHRAP yang telah dibentuk.

8. Melantik Panel Penilai untuk meneliti, menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada NHRAP.

9. Membuat laporan kepada Kerajaan dan orang awam mengenai perjalanan NHRAP.


 

Terma Rujukan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan
(National Human Rights Action Plan - NHRAP)

1. Menentukan hala tuju pelaksanaan kajian dasar (baseline study) bagi teras yang dipertanggungjawabkan.

2. Melaksanakan proses konsultasi yang termasuk dan tidak terhad kepada konsultasi dengan Jabatan/Agensi Kerajaan, institusi hak asasi manusia, badan bukan Kerajaan dan kumpulan berkepentingan dalam bentuk dialog/bengkel/forum.

3. Menganalisa hasil kajian dasar.

4. Menyediakan draf Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) bagi teras yang dipertanggungjawabkan mengikut format dan kerangka (template) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemandu.

5. Membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kerja sekiranya perlu bagi membantu dalam proses membangunkan NHRAP bagi teras yang dipertanggungjawabkan.

6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) kali setahun dan melaporkan kepada Jawatankuasa Pemandu setiap kali mesyuarat Jawatankuasa tersebut.