header

  • Utama
  • Info NHRAP
  • Proses Pembangunan

Proses Pembangunan NHRAP

Pembangunan NHRAP dibahagikan kepada lima (5) fasa iaitu:
(a) Fasa Persediaan
(b) Fasa Pembangunan
(c) Fasa Pelaksanaan
(d) Fasa Pemantauan
(e) Fasa Penilaian

(a) Fasa Persediaan

i. Mengadakan beberapa siri perbincangan dengan agensi-agensi utama;
ii. Mengadakan seminar pengenalan pembangunan NHRAP kepada pegawai-pegawai Kerajaan dengan menjemput pakar-pakar NHRAP dari luar negara yang pernah terlibat dalam pembangunan NHRAP;
iii. Mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan bagi pembangunan NHRAP dan peruntukan kewangan yang terlibat;
iv. Mengeluarkan geran penyelidikan kepada universiti tempatan untuk menjalankan kajian mengenai undang-undang berkaitan hak asasi manusia; dan
v. Membentuk sebuah Jawatankuasa Pemandu NHRAP dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja berdasarkan 5 teras yang ditetapkan.

(b) Fasa Pembangunan

i. Mengadakan kajian dasar (baseline study) bagi tujuan menganalisis kedudukan semasa hak asasi manusia di Malaysia secara menyeluruh berdasarkan 5 teras utama yang telah ditetapkan bagi memaklumkan pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Antara kaedah utama adalah melalui rundingan awam dan engagement dengan badan bukan Kerajaan (NGO), masyarakat sivil (CSO) dan orang awam;
ii. Menggubal draf NHRAP berdasarkan hasil kajian dasar; dan
iii. Mengemukakan draf NHRAP yang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemandu untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

(c) Fasa Pelaksanaan

i. Merangka dan melaksanakan strategi penghebahan dan melancarkan NHRAP peringkat Kebangsaan; dan
ii. Melaksanakan program/aktiviti yang dirangka dalam NHRAP mengikut tempoh dan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan.

(d) Fasa Pemantauan

Memantau pelaksanaan NHRAP termasuk melalui kaedah pelaporan secara berkala yang jelas dan efektif.

(e) Fasa Penilaian

Menubuhkan sebuah Panel Penilai yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pemandu untuk mengemukakan laporan penilaian ke atas keberkesanan NHRAP yang telah dilaksanakan dan mencadangkan penambahbaikan untuk pelan tindakan seterusnya.