header

Objektif Pembangunan NHRAP

  1. Objektif utama pembangunan NHRAP adalah untuk mengadakan satu Pelan tindakan di pihak Kerajaan yang akan memastikan elemen-elemen hak asasi manusia diserapkan dalam dasar-dasar Kerajaan sedia ada, dasar-dasar baru serta pelaksanaan program/aktiviti di sektor Kerajaan dan juga bukan Kerajaan.

  2. Selain itu, pelan ini juga akan:
    1. memberi panduan kepada pegawai Kerajaan, badan bukan Kerajaan, badan profesional, pendidik, dan anggota masyarakat madani dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan hak asasi manusia dipelihara;

    2. memperkasa fungsi badan-badan yang bertanggungjawab mengenai isu-isu berkaitan hak asasi manusia;

    3. mempromosi ratifikasi triti hak asasi manusia antarabangsa dan membantu Kerajaan memantau penglibatan negara dalam obligasi antarabangsa; dan

    4. mempromosi standard dan mekanisme hak asasi dalam bidang-bidang kritikal seperti polis, pegawai keselamatan, pegawai penjara, ahli politik, pegawai Kerajaan dan pekerja khidmat sosial.

  3. Ia juga menunjukkan komitmen Kerajaan dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia dan menggalakkan penyesuaian standard antara amalan hak asasi dalam Negara dengan standard antarabangsa serta meningkatkan kapasiti Kerajaan dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.