header

  • Utama
  • Info NHRAP
  • Latarbelakang

Latarbelakang Pembangunan NHRAP

  1. Vienna Declaration and Program of Action (Vienna Declaration) 1993 telah mengsyorkan supaya setiap negara mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah NHRAP yang mengenal pasti langkah-langkah untuk menambah baik, mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Syor tersebut berbunyi seperti berikut:

    The World Conference on Human Rights recommends that each State consider the desirability of drawing up a national action plan identifying steps whereby that State would improve the promotion and protection of human rights.

  2. Setakat ini lebih daripada 35 buah negara telah mempunyai NHRAP masing-masing antaranya Indonesia, Filipina, Thailand, China, New Zealand, Afrika Selatan, Nepal, Mongolia dan Australia. (http://www.ohchr.org/EN/Issues/PlansActions/Pages/PlansofActionIndex.aspx)

  3. Selain itu, Malaysia telah menerima sebanyak 62 syor semasa proses Universal Periodic Review (UPR) yang pertama pada tahun 2009. Salah satu syor UPR yang telah diterima oleh Malaysia adalah to Further pursue national strategies and policies aimed at consolidating the human rights infrastructure and achieving more progress in the promotion and protection of human rights. Malaysia telah bersetuju agar syor tersebut dipenuhi dengan membangunkan sebuah NHRAP.

  4. Salah satu isu yang hangat diperdebatkan semasa United Nations Conference on Human Rights di Vienna adalah kesejagatan (universality) hak asasi manusia iaitu sama ada definisi kebebasan asasi manusia boleh dipersetujui dan diguna pakai di seluruh dunia tanpa mengambil kira latar belakang sosial, budaya dan agama. Malaysia telah menegaskan bahawa promosi hak asasi manusia perlu mengambil kira keunikan sesebuah negara dari segi agama, budaya, sosial, politik dan ekonomi di peringkat nasional atau peringkat negeri. Oleh sebab itu, dengan adanya NHRAP, Malaysia menggariskan program promosi hak asasi manusia mengikut acuan Malaysia dan seterusnya mengetengahkan kepada peringkat antarabangsa definisi hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia.